KERJA SEBAGAI IBADAH

kerja ibadah

“Sesiapa yang menghabiskan masa petangnya dalam keletihan akibat daripada pekerjaan yang dijalankan oleh tangannya sendiri, maka ia akan diberi keampunan,” kata Dr. Mohd. Nizho Abdul Rahman ketika memetik hadis riwayat Ath-Thabrani semasa menyampaikan ceramah kepada staf RIMC pagi ini.

Pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM CAS itu telah mengupas tajuk berkaitan kerja sebagai ibadah selama sejam di bilik mesyuarat jabatan tersebut.

Beliau berkata, pekerjaan merupakan suatu ibadah yang sangat dianjurkan oleh  Islam ke atas umatnya dan ianya merupakan salah satu tuntutan fardhu  khususnya kepada mereka yang  mampu bekerja demi mencapai kebahagiaan dan ketenangan samada untuk diri sendiri mahu pun masyarakat.

“Budaya kerja yang disarankan mestilah budaya kerja yang tekun dan bekerja keras, rajin dan bersungguh-sungguh, beramanah serta ikhlas.

“Hati yang ikhlas tidak akan perasan dengan pujian dan tidak akan terkesan dengan kejian atau cercaan kerana hati itu tahu pandangan siapa perlu diutamakan”, katanya lagi.

Ceramah anjuran RIMC itu adalah salah satu program peringkat jabatan sempena Hari Pengasasan UUM kali yang ke-33 pada hari ini yang turut juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june