UUM WINS GOLD AT ITEX 2017

 itex17

UUM ONLINE:Kuala Lumpur - 'MyOPPIDeX: Malaysia Oil Palm Plantation Investment Decision Support System', a product by a UUM research team, won the gold medal at the 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX'17), which was held at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), recently.

ITEX is an annual event organised by the Malaysian Invention and Design Society (MINDS), and ITEX 2017 saw the registration of over 1,000 entries, research products, from over 22 countries such as China, Germany, Indonesia, Iraq, South Korea, Poland, Russia, and Saudi Arabia, to name but a few.
 
'MyOPPIDeX: Malaysia Oil Palm Plantation Investment Decision Support System', or just ‘MyOPPIDeX’, is the product of a collaborative effort by a team of lecturers from the School of Economics, Finance and Banking (SEFB) and the School of Quantitative Sciences (SQS), led by Assoc. Prof. Dr. Shri Dewi Applanaidu, together with Dr. Norhaslinda Zainal Abidin and M Zabid M Faeid.    
 
MyOPPIDeX is expected to benefit all stakeholders in the palm oil industry, especially small-scale farmers, private estates and the Malaysian Palm Oil Board (MPOB).
 
Apart from the purposes of participating in product innovation competitions, being involved in programmes such as this is one of the strategies to help increase the registration of intellectual property and the commercialisation of UUM R&D products with industry of potential.

­­­­­­­­­­­­­________________________________________________________________________________________________________

UUM ONLINE: Kuala Lumpur: Produk 'MyOPPIDeX: Malaysia Oil Palm Plantation Investment Decision Support System' hasil pasukan penyelidik UUM berjaya merangkul pingat emas pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-28 (ITEX’17) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

ITEX 2017 merupakan acara tahunan anjuran Persatuan Reka Cipta dan Reka Bentuk Malaysia (MINDS) dengan penyertaan lebih 1,000 produk penyelidikan daripada lebih 22 negara seperti China, Jerman, Indonesia, Iraq, Korea Selatan, Poland, Russia dan Arab Saudi.

'MyOPPIDeX: Malaysia Oil Palm Plantation Investment Decision Support System' atau MyOPPIDeX merupakan produk kerjasama pensyarah dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) yang diketuai Prof Madya Dr Shri Dewi Applanaidu bersama Dr Norhaslinda Zainal Abidin dan M Zabid M Faeid.

MyOPPIDeX dibangunkan untuk membantu pelabur khususnta pekebun kecil dalam industri penanaman kelapa sawit Malaysia dalam membuat keputusan dengan mengambil kira keputusan pada masa hadapan berdasarkan strategi pelaburan mereka.

Disebabkan kekurangan pengetahuan dalam bidang pemodelan dan juga simulasi, pelabur tidak dapat mengenal pasti keuntungan maksima daripada pelaburan mereka, justeru pembolehubah ekonomi (harga sawit mentah insentif kerajaan), agronomi (kos baja, kos racun rumpai) dan aspek kelestarian penanaman kelapa sawit telah digabungkan dalam proses pembangunan model bagi membantu golongan tersebut.

Menerusi MyOPPIDeX, pemain mempunyai kawalan penuh dalam mewujudkan strategi penanaman yang dikehendaki untuk masa depan mereka.

MyOPPIDeX dijangka memberi manfaat kepada semua yang mempunyai kepentingan dalam industri kelapa sawit terutamanya pekebun kecil, estet-estet persendirian serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Selain pertandingan produk inovasi, penyertaan dalam program seumpama ini adalah salah satu strategi untuk membantu meningkatkan pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan produk R&D UUM dengan industri yang berpotensi.

 

Sumber berita : UKK UUM

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june