PROF DR NOOR AZIZI ISMAIL AKHIRI TUGAS TNC (P&I) UUM

tncpilastday

UUM ONLINE: Prof Dr Noor Azizi Ismail mengakhiri tugas beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di UUM apabila merakamkan waktu keluar di Bangunan Canselori pada jam 4.50 petang, semalam.

Beliau yang mula berkhidmat di UUM sebagai tutor sejak 1992 telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia bagi tempoh dua tahun mulai tarikh beliau melapor diri pada Julai depan.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UUM sejak 2015 hingga 2017 iaitu selama 23 bulan.

Sebelum itu, Prof Dr Noor Azizi turut meluangkan masa bertemu dengan Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di pejabat Naib Canselor.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june