SAYA BEKERJA ATAS SEMANGAT UUM – PROF. DR. ABDUL MALEK

malek

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bermula 1 Julai yang lalu telah bertemu dengan pengarah dan semua staf RIMC baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Prof. Dr. Abdul Malek menekankan bahawa beliau bekerja atas semangat UUM walaupun beliau memegang jawatan TNC (HEPA).

“Jangan melihat saya hanya memberi tumpuan sepenuhnya berkaitan hal ehwal pelajar disebabkan saya TNC (HEPA), apa yang saya buat di Universiti ini atas spirit UUM. Saya juga tidak suka bekerja secara silo”

“Saya amat terbuka untuk menerima pandangan dan nasihat daripada semua pihak demi memajukan UUM”, katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan TNC (HEPA) dengan Staf RIMC.

Beliau juga menekan tentang pentingnya pihak RIMC memberi tumpuan dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan, penerbitan dan sitasi.

Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat RIMC turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan serta Pengurus Projek e-Management dan staf masing-masing.

Dalam majlis yang sama, pihak RIMC juga menyampaikan cenderamata kepada mantan Pegawai Khas, TNC (P&I), Abdul Shakur Abdullah yang telah ditukarkan ke Pusat Pengajian Perniagaan.

Sempena perjumpaan itu, pihak RIMC juga turut mengadakan majlis jamuan raya.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june