JUSTMINER, WHICH GIVES STUDENTS A BETTER GRASP OF DATA MINING, WINS GOLD AT IIDEL 2017

peciptajustminer

UUM ONLINE: To help students better understand data mining, a group of researchers, led by Dr. Jastini Mohd Jamil and Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharanee, from the School of Quantitative Sciences (SQS) developed an innovative web application called 'JustMiner'.

JustMiner helps students better understand not only data mining, but also big data analytics.

The user-friendly JustMiner web application offers three modules, namely, Rel2Mark, RuleEve, and PASS-DT.

"Rel2Mark is the first phase in the data mining process where it converts the relational data format to the transactional format, thus enabling the data in the transactional format to be used to generate association rules.

“RuleEve, on the other hand, is a module that verifies the rules that have been generated from the association rule mining process. It is capable of determining whether the rules generated are accurate and applicable to all," said Dr. Jastini.

The next module, PASS-DT, a data mining application based on decision tree methodology, is capable of classifying and predicting the academic performance of students.

"This web application product, which utilises PHP and JAVA software, earned us the gold medal at the Invention, Innovation and Design On E-Learning (IIDEL) Competition held in September.

Universiti Utara Malaysia took home two gold medals and one silver medal at IIDEL 2017, which was held in conjunction with the International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2017) at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. The event was attended by the Minister of Higher Education, Dato’ Seri Idris Jusoh.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

JUSTMINER BANTU PELAJAR FAHAMI PERLOMBONGAN DATA RANGKUL EMAS PADA IIDEL 2017

UUM ONLINE: Bagi membantu pelajar untuk memahami kursus perlombongan data, sekumpulan penyelidik diketuai Dr Jastini Mohd Jamil bersama Dr Izwan Nizal Mohd Shaharanee dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah membangunkan satu aplikasi web 'JustMiner'.

Beliau berkata, JustMiner bukan sahaja membantu pelajar mudah untuk memahami tentang perlombongan data, malah analisis data raya (big data analytics).

Menurutnya, di dalam aplikasi berasaskan web JustMiner yang mudah dan mesra pengguna itu terdapat tiga jenis modul iaitu Rel2Mark, RuleEve dan PASS-DT.

"Rel2Mark merupakan salah satu modul bagi pra-pemprosesan data iaitu fasa pertama dalam proses perlombongan data yang mana ia berfungsi untuk mengubah format data hubungan (relational) ke format transaksional, seterusnya data dalam format transaksional ini boleh digunakan bagi menjana peraturan kesatuan (association rules).

"Manakala RuleEve pula merupakan modul bagi menentusahkan peraturan yang telah dijana dari proses peraturan kesatuan dan ia mampu untuk menentukan samada sesuatu peraturan yang dijana adalah tepat dan boleh diguna pakai kepada semua, malah RuleEve dikira menggunakan kadar ketepatan dan kadar litupan," katanya.

Modul seterusnya iaitu PASS-DT merupakan satu aplikasi data mining (perlombongan) berasaskan pohon keputusan (decision tree) yang mampu untuk mengelaskan dan meramal prestasi akademik pelajar.

Dr Jastini berkata, pengguna PASS-DT hanya perlu memasukkan beberapa pembolehubah seperti umur, jantina, bidang pengajian semasa, tahap pendidikan tertinggi, jenis kursus kokurikulum semasa yang diambil dan pendapatan keluarga.

Katanya, PASS-DT mampu untuk meramal sama ada pelajar akan berada di kelas Purata Markah Keseluruhan (PMK) 3.00 dan ke atas atau PMK 2.99 dan kebawah, secara tidak langsung ia mampu membantu pelajar untuk memahami dan merancang prestasi akademik masing-masing, manakala pensyarah pula modul PASS-DT itu mampu bertindak sebagai sistem amaran awal kepada prestasi pelajar di bawah pengawasan mereka.

"Hasil ciptaan aplikasi web yang menggunakan perisian PHP dan JAVA ini, kita berjaya merangkul pingat emas pada Pertandingan Invention, Innovation and Design On E-Learning (IIDEL) yang berlangsung September lalu.

"JustMiner yang dibangunkan pada pertengahan tahun ini hanya boleh digunakan dalam rangkaian UUM dan masih dalam proses memohon Intellectual Property (IP) sebelum capaian secara langsung dibuat," ujar beliau.

Pada IIDEL 2017, Universiti Utara Malaysia telah merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak sempena Karnival e-Pembelajaran, International University Carnival on e-Learning (IUCEL 2017) yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Sumber berita : UKK UUM

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june