PRESTASI R&D UUM DINILAI DALAM AUDIT MYRA 2016

auditmyra2017

Audit Penilaian Tapak bagi Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) untuk pencapaian tahun 2016 telah berlangsung di Everly Hotel, Putrajaya pada 24 Oktober 2017. Audit yang dijalankan ini dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Audit ini bertujuan untuk mengesahkan data serta bahan bukti (evidence) yang telah dikemukakan oleh UUM selaras dengan keperluan Glosari MyRA 1. Sepanjang proses audit ini, sebanyak lapan (8) komponen telah dinilai oleh MyRA iaitu maklumat am; kuantiti dan kualiti penyelidik; kuantiti dan kualiti penyelidikan; kuantiti dan kualiti pasca siswazah; inovasi; khidmat profesional dan hadiah; jaringan dan jangkauan serta khidmat sokongan.

Komponen-komponen tersebut dinilai oleh panel-panel audit yang diketuai oleh YBhg. Dato Prof. Dr. Mohd.Jamil bin Maah daripada Universiti Malaya bersama enam (6) panel lain iaitu Y.Bhg. Dato' Prof. Emeritus Dr. Muhammad bin Yahaya (USM), Y.Bhg. Dato' Dr. Abu Bakar bin Salleh (UPM), Y.Brs. Prof. Dr. Normah binti Omar (UTM),Y.Brs. Prof. Dr. Mohd Adzir bin Mahdi (UPM), Y.Brs. Prof. Dr. Naomie binti Salim (UTM), Y.Brs Prof. Dr. Md. Razali bin Ayob (UTeM) serta dua orang wakil Task Force MyRA.

Manakala wakil dari UUM yang mewakili komponen-komponen ini terdiri daripada 21 orang Jawatankuasa Kerja MyRA iaitu daripada pegawai dan kakitangan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Jabatan Bendahari, UUMIT, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Jabatan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), dan Uniutama Education & Consultancy (UEC).

Proses penilaian yang dijalankan berjalan dengan lancar, hasil daripada semangat kerjasama diantara semua ahli yang terlibat. Hal ini turut mendapat pujian daripada Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin yang menyifatkan kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan UUM yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan proses penilaian tersebut.

Hal yang sama turut diulas Timbalan Pengarah (Tugas-Tugas Khas) Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Dr Mohd Faizal bin Omar yang bersetuju dengan pendapat Prof. Dr. Mohd. Azizuddin berkenaan sinergi yang ditunjukkan antara pegawai UUM sepanjang proses audit. Beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi sesi audit MyRA pada tahun berikutnya.

Sewaktu sesi penggulungan, ketua panel bagi Audit Penilaian Tapak YBhg. Dato Prof. Dr. Mohd. Jamil bin Maah telah memberikan beberapa nasihat dan pujian kepada wakil UUM. Antaranya, “UUM mempunyai sistem sumber manusia yang baik dan lestari dimana kohot umur penyelidik memenuhi penanda aras yang ditetapkan MyRA. Justeru itu, UUM mempunyai banyak potensi untuk berkembang menjadi universiti yang disegani di Malaysia. Keputusan ke atas hasil dapatan audit ini akan diumumkan oleh pihak KPT selepas semua proses pengauditan telah dijalankan ke atas semua universiti di Malaysia.

Sekian.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june