GERAK GEMPUR 5S SEMPENA PEMERIKSAAN SURVEILLANCE AUDIT MS ISO 9001:2015

5s2017

Sempena Pemeriksaan Surveillance Audit MS ISO 9001:2015, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menjalankan Gerak Gempur 5S baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah RIMC, Suraya Deraman berkata, program yang melibatkan pelbagai peringkat jawatan itu bertujuan mewujudkan keadaan ruang kerja yang kemas dan teratur bagi memastikan produktiviti RIMC berada pada tahap yang optimum.

“Selain itu, ia juga adalah untuk memastikan dokumen dapat dicapai dengan mudah bagi melancarkan proses pemeriksaan surveillance audit yang dijangka akan dijalankan dari 18 hingga 20 Disember ini.

“Kawasan yang diberi tumpuan untuk kali ini adalah bilik setor Unit Pentadbiran dan Kewangan, bilik setor Unit Tugas-tugas Khas dan bilik e-Management.

“Aktiviti ini bukan sahaja untuk clear barang-barang yang terdapat di dalam bilik-bilik berkenaan tetapi juga sebagai suatu ibadat kerana kebersihan adalah salah satu perkara yang dititikberatkan di dalam Islam”, katanya lagi.

Staf dari Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Tugas-tugas Khas dan e-Management telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang ditugaskan untuk setiap bilik tersebut.

“Saya amat berterima kasih dengan kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua staf yang terlibat,” ujar Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Norkhuzaimah Ismail yang menyelia aktiviti ini.

Sementara itu, Pembantu Penyelidik, Ammar Azlan berkata, “Saya amat teruja dengan keadaan pejabat sekarang yang lebih teratur dan lebih bersemangat untuk bekerja selepas ini serta mengharapkan aktiviti ini patut diteruskan di masa hadapan”.

Program yang mengambil masa tiga jam itu juga menyahut seruan Universiti iaitu “Khamis: Hari 5S UUM”.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june