MUHAMMAD ENGKAULAH IDOLA KAMI

mauludnabi

Memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tidaklah terhad kepada hari ataupun hanya melalui acara tertentu kerana ia sepatutnya disegarkan dalam ingatan setiap muslim sepanjang masa.

Atas dasar itu, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk Penghayatan dalam Memperjuangkan Islam, Muhammad Engkaulah Idola Kami.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman, pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah itu menceritakan tentang sifat kejadian Nabi Muhammad SAW dan juga sunah baginda.

Dr. Mohd Nizho berkata, mencontohi Nabi Muhammad SAW adalah dengan melaksanakan sunah baginda seiring dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah." (Surah al-Ahzab, ayat 21).

“Cara terbaik untuk merealisasikannya adalah dengan mencontohi Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan kerana sunah baginda bersifat sejagat serta sesuai diamalkan oleh umat Islam serta bukan Islam.

“Kegagalan memahami definisi sunah antara faktor ada dalam kalangan kita yang mengabaikannya dengan alasan ia hanya perbuatan sunat, apabila dikerjakan mendapat ganjaran pahala dan tidak pula berdosa jika ditinggalkan”, tambah beliau lagi.

Beliau juga berkongsi tentang keperibadian Rasulullah SAW yang unggul iaitu akhlak dan perwatakan yang terpuji; pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan; mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan.

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat RIMC anjuran kelab kebajikan jabatan itu adalah sempena sambutan Maulidur Rasul 1439H.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june