BENGKEL PERANCANGAN PEMANTAPAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN PENYELIDIKAN 2018

bengkelrnp2017

Pada 5 hingga 7 Disember 2017 (Selasa - Khamis) bertempat di The Pure Hotel, Sungai Petani telah berlangsung Bengkel Perancangan Pemantapan Pengurusan Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan 2018 yang melibatkan 16 orang peserta termasuk Timbalan Pengarah (Penyelidikan) dan 15 orang staf Unit Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan.

Unit Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan merupakan dua unit yang saling bekerjasama serta penting dalam merealisasikan visi dan misi RIMC.

Seiring dengan tuntutan kerja dan keperluan semasa, unit-unit ini perlu merancang dan menyemak semula sistem kerja dan Standard Operation Procedure (SOP) bagi pemantapan serta produktiviti kerja yang lebih baik dan berkesan.

Sehubungan itu, Unit Penyelidikan dan Penerbitan Penyelidikan bersama-sama mengadakan bengkel bagi merencana pelan tindakan dan perancangan unit bagi tahun 2018. Di samping menyediakan garis panduan pengurusan penerbitan penyelidikan dan melakukan semakan KPI CoE.

Hasil daripada bengkel ini, Unit Penyelidikan telah berjaya merancang dan menyusun pelan tindakan bagi tahun 2018 terutamanya hal-hal berkaitan pemantauan penyelidikan yang berkesan. Selain itu, Unit Penyelidikan juga telah berjaya menyemak KPI CoE rentetan daripada pembentangan pada Mesyuarat JKCoE Kali Kedua Bil.2/2017 yang lalu. Di samping itu, bengkel ini juga berjaya memenuhi tugasan ad hoc berkaitan Risk Management yang ditugaskan pada saat-saat akhir.

Unit Penerbitan Penyelidikan telah berjaya merangka dan menghasilkan deraf Garis Panduan Penerbitan Penyelidikan. Deraf ini telah dihasilkan dan disemak bersama-sama Unit Penyelidikan diketuai Prof. Madya Dr. Alias Azhar selaku Timbalan Pengarah (Penyelidikan).

Selain itu, bengkel ini juga telah berjaya berdiskusi dalam menghasilkan resolusi penambahbaikan tadbir urus dan pengurusan kewangan penyelidikan dan penerbitan RIMC demi menyahut tagline universiti sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june