MEMOTIVASIKAN PENYELIDIKAN YANG LEBIH BERIMPAK

keigh houghton

UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Invasi (RIMC) dengan kerjasama Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) telah menganjurkan program perkongsian ilmu: Motivating Research to Create Impact yang dikendalikan Prof Emeritus Dr Keith Houghton dari Research Coaching Australia (RCA) pada 13 Disember 2017 yang lepas di Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen.

Timbalan Pengarah RIMC, Dr. Mohd. Faizal Omar dalam ucapan aluannya berkata, sesi perkongsian ilmu ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada para penyelidik UUM bagaimana mereka dapat mencetuskan idea penyelidikan yang lebih berimpak tinggi dan berkualiti. Ia adalah selaras dengan usaha meningkatkan penghasilan penyelidikan berimpak di kalangan penyelidik UUM.

Sementara itu, Prof Dr Keith Houghton yang merupakan Pengarah RCA dan juga Profesor Emeritus di Australian National University (ANU) dalam perkongsian beliau turut menekankan bahawa penyelidikan yang tidak memberi impak, tidak juga akan diterbitkan dalam jurnal utama.

Slaid sesi perkongsian ini boleh diperolehi di link berikut untuk rujukan semua staf akademik https://drive.google.com/open?id=1FtHX3qvar6Fj2fgVFY4Niu3sMEh_Fkam

Sekian.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june