DR. ALIAS SERAH NOTA TUGAS

dralias

Mantan Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof. Madya Dr. Alias Azhar menyerahkan Nota Tugas beliau kepada Prof. Madya Dr. Rozita Arshad dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di bilik mesyuarat Jabatan itu dihadiri oleh Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan semua staf.

Prof. Madya Dr. Alias yang menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan) bermula 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2017 mengucapkan terima kasih kepada semua staf kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang beliau berkhidmat di RIMC. 

“Kerjasama dan hubungan sesama manusia amatlah penting dalam menjalankan sesuatu pekerjaan”, tambahnya lagi. 

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Rozita yang mengambil alih tugas tersebut bermula 1 Januari tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti dan Pengarah RIMC kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah (Penyelidikan) yang baharu. 

Manakala Prof. Dr. Mohd Azizuddin pula menzahirkan ucapan terima kasih sepanjang tempoh perkhidmatan Prof. Madya Dr. Alias kerana memberi komitmen yang baik dalam menjayakan agenda RIMC terutama dalam penyelidikan. 

Pihak Universiti juga turut melantik semula Prof. Madya Sr.Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi sebagai Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan) dan Dr. Mohd Faizal Omar, Timbalan Pengarah (Tugas-tugas Khas) masing-masing bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2018.

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june