MyRAFIVE CUBA NASIB DALAM KIK 2018 PERINGKAT UUM

myrafive

Buat julung kalinya, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah berjaya menghantar penyertaan ke Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan semalam.

Kumpulan MyRAFIVE yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Tugas-tugas Khas), Dr. Mohd Faizal Omar dengan dibantu oleh Timbalan Pengarah (Penyelidikan),Prof. Madya Dr. Rozita Arshad yang bertindak sebagai fasilitator kumpulan ini telah mempertandingkan projek bertajuk CoE Dashboard Membantu Memahami Data Pencapaian KPI CoE.

Dr. Mohd. Faizal berkata, CoE Dahsboard berfungsi untuk memaparkan semua maklumat berkaitan pencapaian Pusat Kecemerlangan (CoE) dan mampu meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama di CoE kerana cara persembahan data yang lebih efisyen serta mudah difahami.

“Menepati visi MyRAFIVE iaitu merealisasikan RIMC sebagai Jabatan yang berinovasi, kami akan mendapatkan hakcipta bagi CoE Dashboard supaya dapat dikomersilkan ke kementerian dan organisasi lain,” katanya lagi.

Dengan membawa moto Memacu Minda Berinovasi, kumpulan MyRAFIVE telah membuat kelainan dalam persembahan dengan konsep bual bicara Selamat Pagi Sintok dan turut mendapat komen positif daripada pihak juri yang percaya bahawa projek ini mampu ke peringkat nasional.

MyRAFIVE turut dianggotai oleh Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan), Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi, tiga orang Pegawai Penyelidik Sosial iaitu Norhana Shaibatul Khadri, Aniza Sabjan dan Aini Baharum dan tiga orang Pembantu Penyelidik iaitu Nor Hafizatul Zainol, Mohd Fairuz Zaiyadi dan Ibnu Affan Jaafar.

Sementara itu, Pengarah RIMC, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani yang juga penasihat kepada kumpulan KIK berkenaan menyatakan rasa bangga dengan kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli.

“Ini sebagai satu permulaan yang baik untuk pihak RIMC agar menjadikan inovasi sebagai satu budaya dan diharapkan ada lagi inovasi baharu dalam meningkatkan kualiti kerja dapat diketengahkan pada tahun hadapan,” ujarnya lagi.

Program anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) yang diadakan di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen, UUM selama dua hari bermula 14 Mei bertujuan untuk mencungkil idea kreativiti dan inovasi di kalangan kakitangan UUM.

 

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june