BENGKEL PENERBITAN JURNAL SCOPUS SEMARAK BUDAYA PENULISAN BERIMPAK TINGGI

uumklpublication

Ke arah menghasilkan penulisan jurnal berimpak tinggi, UUMKL telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Jurnal Scopus di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, UUMKL, baru-baru ini.

Pengarah UUMKL, Prof Dr Shahimi Mohtar berkata, penganjuran bengkel tersebut adalah satu inisiatif untuk menyemarakkan budaya penulisan dan meningkatkan penghasilan jurnal berimpak tinggi khususnya jurnal Scopus.

Menurutnya, bengkel penerbitan itu penting bagi meningkatkan pengetahuan dan pendedahan tentang penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi dalam kalangan staf akademik UUMKL, khususnya.

"Saya berharap bengkel ini mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan staf akademik UUMKL untuk berkongsi hasil penyelidikan bagi dimanfaatkan masyarakat setempat dan juga di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Bengkel selama sehari itu dikendalikan Timbalan Pengarah (Penerbitan), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Prof Madya Sr Dr Mohd Nasrun Mohd Nawi yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam penerbitan jurnal.

Sepanjang bengkel itu juga, beliau turut menerangkan tentang strategi untuk meningkatkan bilangan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan 'citations' terutamanya bagi memenuhi indikator prestasi akademik dan kenaikan pangkat.

Sumber berita dan gambar oleh: UUMKL

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june