UUM PROGRESSES TOWARDS HUMANISING EDUCATION

humanising uum

UUM ONLINE: Alor Setar – Since its establishment in 1984, Universiti Utara Malaysia (UUM) has evolved and progressed in tandem with the rapid changes around the world. Nevertheless, UUM remains steadfast to the core values and principles of the university – Knowledge Virtue Service.

The Vice-Chancellor of UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani remarked that, the prevalent trend in pursuing the rankings and ratings has resulted in the absence of the values specifically VIRTUE and SERVICE. As a result, many of the intangible values that should become the essence of human development have become illusions. Ultimately, the dissemination and sharing of ideas and values along with the involvement of staff and students in community services are slowly fading.

Therefore, we should go back to the beginning and ensure that our obligation and duty to spread knowledge become the major task that must be accomplished by the members of the staff at the university.

"We are aware that the government has allocated more than 20% of the government expenditure for education. This grand amount should be utilised for economic development, sustainability and community development in general.

"In this regard, the Vice-Chancellor’s Advisory Council has been established. The Advisory Council comprises a group of five senior professors in their respective fields of expertise. The members of the Advisory Council will assist the Vice-Chancellor in ensuring that the budget allocation for each year will earn the corresponding returns especially for the community.

Prof. Dr. Ahmad Bashawir added that, among the efforts to 'humanise education' was to streamline the Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Thoughts (IPDM) which was established in 2003 after obtaining the approval from the Cabinet.

A number of key clusters will be established to ensure that future research activities will contribute to the socio-economic development and sustainability of the people, specifically in Kedah.

"In addition, IPDM will embark on collaborative ventures with the industry and also research collaborations with leading universities especially with the world's top 100 Universities.

Keeping abreast of the latest developments, UUM will undergo aggressive digital transformation process with the assistance from the private sector, said the Vice-Chancellor.

Furthermore, in realising the university's aspiration to humanise education; starting this semester, the 'Speakers' Corner' will be introduced to empower the students and become the avenue for them to express ideas and views on topics of interest.

UUM will also look into the proposal to allow the members of the Student Representative Council to be part of the University Academic Management Committee such as the UUM Senate as observers.

He added that, UUM also concurs with the recommendation of YB Minister of Education to study the proposed amendments and revocation of certain provisions of the AUKU which restrict the freedom of movement of students, as stated in sections 15 and 16.

As part of our internationalisation agenda, UUM will move forward more aggressively by setting up branches in the ASEAN region to attract more international students, seeing that ASEAN consists of 10 countries with a combined market of 600 million people and a combined GDP of USD 2 trillion.

“UUM will also improve and enhance the community services for the local community. Among the facilities extended to the local community are the use of UUM library facilities, sports facilities at UUM Sports Centre and also free legal advice.

"UUM aims to produce graduates who are not only knowledgeable but compassionate and devoted to their parents while displaying a high degree of integrity for the development of our religion, nation and the country.

____________________________________________________________________________________________________________________

UUM KE ARAH MENGINSANKAN PENDIDIKAN (HUMANISING EDUCATION)

UUM ONLINE: Alor Setar - Selama 34 tahun penubuhan, Universiti Utara Malaysia (UUM) terus berkembang pesat mengikut arus perubahan dunia, namun masih tetap berlandaskan nilai teras yang didukung iaitu ‘Ilmu Budi Bakti’.

Naib Canselor, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, dalam arus dunia yang mengejar rankings dan ratings, nilai Budi Bakti kian dipinggirkan hingga penyebaran dan perkongsian idea dan nilai, pembinaan watak dan penglibatan kakitangan dan pelajar dalam perkhidmatan komuniti, antara nilai asas dalam membina jati diri menjadi semakin pudar.

Justeru, menurutnya, warga universiti seharusnya kembali ke pangkal jalan dan meletakkan penyebaran pengetahuan sebagai peranan besar yang harus dipikul.

“Seperti sedia maklum, Kerajaan telah memperuntukkan lebih lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan lebih 20 peratus belanjawan untuk bajet pendidikan. Ia merupakan satu nilai besar yang seharusnya diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi, kelestarian dan kemajuan masyarakat.

“Sehubungan itu, Majlis Penasihat Naib Canselor telah ditubuhkan dengan melantik lima profesor kanan dengan kepakaran masing-masing agar bajet yang diperuntukkan saban tahun mendapat pulangan yang setimpal khususnya kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, antara usaha untuk ‘humanising education’ itu ialah dengan memperkemaskan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM) yang ditubuhkan pada 2003 selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Menurutnya, beberapa kluster penting akan ditubuhkan bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat membantu pembangunan sosioekonomi dan kelestarian rakyat di Kedah khasnya.

“Selain itu, IPDM juga akan bekerjasama dengan industri, meningkatkan neksus dengan industri dan jalinkan kerjasama penyelidikan dengan universiti ternama yang berada dalam senarai Top 100 terbaik dunia.

“Di samping itu, selaras dengan perkembangan semasa, UUM akan menjalani transformasi digital secara agresif dengan pihak swasta seperti menggunakan kaedah pengajaran terbaharu,” katanya.

Dalam merealisasikan usaha universiti untuk menginsankan pendidikan, tidak dilupakan golongan mahasiswa yang mana mulai semester ini akan diperkenalkan medan intelektual terbuka dengan penganjuran debat.

Naib Canselor berkata, Speakers’ Corner atau Sudut Pidato akan diperkasakan supaya menjadi medan untuk pelajar menyatakan idea dan pandangan berkaitan topik diminati, memperkasakan Persatuan Mahasiswa serta pelan kajian membolehkan wakil pelajar menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Universiti seperti Senat sebagai pemerhati.

Tambah beliau lagi, UUM juga bersetuju dengan saranan YB Menteri Pendidikan untuk mengkaji cadangan pindaan dan pemansuhan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terutamanya yang menyekat kebebasan pergerakan pelajar mengikut Seksyen 15 dan 16.

Bagi bidang pengantarabangsaan pula, UUM akan bergerak secara lebih agresif dengan menubuhkan cawangan di rantau ASEAN bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar antarabangsa memandangkan negara ASEAN yang terdiri 10 negara dengan gabungan pasaran 600 juta orang mampu menyumbang KDNK gabungan lebih dari USD 2 trilion.

“Dalam memperkasakan bidang pendidikan di UUM, perkhidmatan komuniti kepada masyarakat setempat tidak dilupakan dan akan sentiasa dipertingkatkan, antaranya penggunaan kemudahan perpustakaan UUM yang akan dibuka kepada orang awam, kemudahan sukan di pusat sukan UUM dan khidmat nasihat guaman secara percuma.

“Hasrat UUM ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja berilmu tetapi berbudi dan berbakti kepada ibu bapa, selain berintegriti tinggi dan beramanah demi untuk pembangunan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sumber berita :

UKK UUM

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june