POTONGAN CUKAI DUA KALI : PENGIKTIRAFAN RIMC SEBAGAI INSTITUSI PENYELIDIKAN YANG LAYAK

RIMC ONLINE :

Assalamualaikum Yang Berusaha Prof./Tuan/Puan

PENGIKTIRAFAN RIMC SEBAGAI INSTITUSI PENYELIDIKAN YANG LAYAK UNTUK POTONG CUKAI DUA KALI (DOUBLE TAX DEDUCTION)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Untuk makluman Yang Berusaha Prof./tuan/puan, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah bersetuju untuk mengiktiraf Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) sebagai institusi penyelidikan di bawah Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dengan pengiktirafan ini, maka syarikat yang menyumbang wang tunai untuk aktiviti penyelidikan atau menggunakan perkhidmatan di RIMC layak untuk mendapat potongan cukai dua (2) kali selagi mana mematuhi definisi penyelidikan di dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Bersama-sama ini disertakan salinan surat pengiktirafan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) - sila klik untuk kegunaan Yang Berusaha Prof./tuan/puan semasa berurusan dengan organisasi luar sebagai bukti pengiktirafan kerana pihak MOF dalam proses mengeluarkan sijil pengiktirafan kepada RIMC.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Mohd Faizal bin Omar, Timbalan Pengarah Tugas-tugas Khas di talian 04-928 4772/013-211 7797 atau e-mel mfaizal@gmail.com.

Sekian dan salam hormat.


=======================================================

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC)

Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman

Tel.: (604) 928 4771 Faks: (604) 928 4756

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________new footer june