INTERNAL GRANTS

Bil

Jenis Geran

Maklumat ringkas Geran

Kelayakan

Jumlah Peruntukan

Tempoh Penyelidikan

1

Geran Penyelidikan Kolej

  1-    Tujuan diadakan geran penyelidikan Kolej adalah untuk membiayai projek penyelidikan jangka pendek iaitu tidak melebihi satu (1) tahun dan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan di kalangan staf akademik yang masih dalam tempoh percubaan.

  1-    Pensyarah yang belum disahkan jawatan dengan tujuan untuk memenuhi syarat pengesahan jawatan seperti yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

Siling peruntukan RM5000

Maksimum satu (1) tahun

2

Geran Kajian Kes

  1-    Geran penyelidikan kajian kes dikendalikan di bawah pengurusanInstitut Penyelidikan Pengurusan Dan Perniagaan (IMBRe).  Sejajar dengan hasrat universiti untuk menghasilkan lebih banyak kajian kes dalam konteks Malaysia, inisiatif ini mampu untuk menyumbang kepada pembangunan sektor perniagaan dan pengurusan.

Kelayakan ditentukan oleh IMBRe

RM10,000

1 tahun

3

Geran Universiti

  1-    Geran penyelidikan ini bertujuan untuk mengukuhkan budaya penyelidikan dalam kalangan staf akademik Universiti mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti.

   1-    Geran Universiti terdiri daripada

·   Geran Universiti <RM10,000

·   Geran Universiti >RM10,000

·   4Geran Universiti RM30,000

·   Geran Top Down

·   Geran Khas

   1-    Penawaran Geran Universiti diberikan kepada penyelidik tempatan yang tidak diperakui oleh pihak Urusetia FRGS Fasa 1/2012 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

1-Geran Universiti <RM10,000

2-Geran Universiti >RM10,000

3-Geran Universiti RM30,000

4-Geran Top Down

5-Geran Khas

1 tahun

4

Geran Leadership Development Scheme (LEAD)

 1-  Sistem LEADS ini diperkenalkan pada tahun 2010.  Iaber konsepkan kepada pemantauan yang berterusan daripada ketua ke atas ahli yang terlibat. Pada permulaan kewujudannya, setiap ketua kolej perlu melaporkan kepada TNC (A&A) selaku Pengerusi Sistem LEADS. Terdapat 124 kumpulan LEADS di tiga kolej pengajian yang mewakili setiap bidang kepakaran yang terdapat di UUM [UUMCAS (57), UUMCOB (50) dan UUMCOLGIS (17)] berperanan dalam membantu menyumbangkan peningkatan aktiviti penyelidikan masing-masing.

 2- Atas inisiatif berterusan RIMC, RIMC telah mencadangkan akan kewujudan geran penyelidikan LEADS. Geran ini merupakan inisiatif dari pihak Universiti untuk memenuhi keperluan Key Performance Index (KPI) ke arah Universiti Penyelidikan.

 3-Tujuan utama penyelidikan geran LEADS ini ialah:

a.  untuk menjana penerbitan jurnal berimpak tinggi

b.  untuk menghasilkan jurnal berwasit

c.  untuk menerbitkan buku atau bab dalam buku

d.  untuk mengkomersilkan produk atau memudahkan permohononan paten, dan

e.  untuk meningkatkan bilangan penyelidik utama (principal investigator)

Setiap pensyarah UUM yang mempunyai kumpulan LEADS layak untuk memohon geran penyelidikan ini. Walau bagaimanapun, pensyarah yang berstatus kontrak, sambilan dan pensyarah/profesor pelawat tidak dibenarkan memohon geran ini.

- 12 bulan untuk penyelidikan

- 12 bulan bagi tujuan penerbitan penyelidikan.

1RM10,000.00 penyelidikan

2RM2,000.00 penerbitan jurnal

5

Penyelidikan Berkumpulan Impak Tinggi (PBIT)

Penyelidikan berkumpulan di dalam bidang yang terkehadapan dan akan mengeluarkan hasil berimpak tinggi terutama penerbitan penyelidikan dalam jangka masa terdekat. Jumlah maksima geran ini ialah RM 100,000.00.  Pihak jawatankuasa penilai boleh menetapkan kewajaran jumlah kewangan yang dipohon berdasarkan kepada proposal yang dikemukakan.

Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik UUM sepenuh masa dan berstatus kakitangan tetap. Pensyarah sambilan, kontrak dan pensyarah/profesor pelawat tidak layak untuk memohon geran ini.

1- Penyelidikan ini ialah 2 tahun

2-1 tahun untuk penerbitan

RM100,000.00

6

Geran Penyelidikan Individu Berprestasi Tinggi (PIBT)

Penyelidikan daripada individu yang berprestasi cemerlang dan mampu mengeluarkan hasil penyelidikan berimpak tinggi terutama penerbitan penyelidikan dalam jangka masa terdekat. Jumlah maksima geran ini ialah RM 30,000.00

Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik UUM sepenuh masa dan berstatus kakitangan tetap. Kakitangan sambilan dan kakitangan akademik yang sedang bercuti belajar tidak layak untuk memohon geran ini.

Jumlah maksima geran ini ialah RM 30,000.00

Penyelidikan ini ialah 2 tahun dan 1 tahun untuk penerbitan penyelidikan

7

Geran Pembangunan Pelajar (HEP)

Geran Pembangunan Pelajar (HEPA) telah diwujudkan bagi meningkatkan jumlah penyelidikan yang berkualiti dan bilangan penyelidik utama bagi mencapai Universiti Penyelidikan menjelang 2013.  Kewujudan geran khas penyelidikan ini dilihat sebagai pakej rangsangan untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan penerbitan penyelidikan bagi hal-hal berkaitan pembangunan pelajar.

Kelayakan ditentukan oleh HEPA

RM45,000.00

2 tahun

8

Geran Insentif Pascasiswazah

Geran ini ditawarkan adalah untuk menyediakan peruntukan berbentuk insentif kepada pensyarah muda yang telah berkhidmat dalam tempoh lingkungan 1 tahun di UUM. Geran ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pensyarah muda melanjutkan pembelajaran di peringkat sarjana dan PhD selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.  Geran ini juga untuk menggalakkan penglibatan secara bersama antara penyelia dan pelajar di dalam pembentangan kertas kerja dan penerbitan.

Kelayakan ditentukan oleh Sekolah Siswazah (Graduate school) setiap Kolej

1- RM 10,000 bagi setiap pelajar Ph.D

2- RM 5,000 bagi setiap pelajar Sarjana dengan Penyelidikan / Doctor of Business Administration (DBA)

1 tahun

uum icon mygov msc mampu myideas myline tourism krste sirim_____________________________________________________________________________________________________________Logo Footer januari 2017