Jawatankuasa Etika Penyelidikan UUM (JKEP UUM)
JKEP dianggotai oleh lapan (8) orang ahli tetap dan dua (2) orang ahli ganti yang dipilih daripada setiap Pusat Pengajian. Manakala RIMC pula berperanan sebagai Sekretariat JKEP UUM.
Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk memantau penyelidikan dari sudut etika penyelidikan yang melibatkan penggunaan manusia sebagai subjek dan akses data.
Jawatankuasa ini juga akan berperanan menyelesaikan isu-isu etika yang timbul serta merangka dan menyediakan garis panduan etika penyelidikan yang relevan.
Peranan JKEP UUM
JKEP UUM mempunyai kuasa untuk :
- Menentukan kategori risiko kepada:
- Mengkaji permohonan untuk kelulusan etika penyelidikan yang melibatkan manusia.
- Risiko minima - kebarangkalian dan tahap kemudaratan atau ketidakselesaan yang dijangka dalam penyelidikan tidak melampaui daripada yang biasa ditemui dalam kehidupan harian atau semasa pemeriksaan fizikal atau rutin psikologi
- Risiko tinggi - aktiviti penyelidikan yang menunjukkan risiko lebih besar daripada risiko minima
- Meluluskan atau menolak permohonan etika penyelidikan yang dicadangkan.
- Mengenakan sekatan dan syarat ke atas ke atas proses kutipan data penyelidikan, jika perlu.
- Menyemak laporan kemajuan yang diserahkan;
- Menggantung atau membatalkan kelulusan penyelidikan sekiranya terdapat pelanggaran etika.
Jawatankuasa Penyelidikan Pusat Pengajian/Pusat Kecemerlangan/Pusat Pengajian Pascasiswazah
Menilai permohonan penyelidikan berkaitan manusia daripada Pusat Pengajian sebelum diserahkan kepada Sekretariat JKEP UUM.
Garis Panduan dan Borang berkaitan JKEP
Garis panduan dan Borang-borang yang terlibat boleh dimuat turun melalui link di bawah :
- Guideline REC UUM SOP I_2021
- Guideline REC UUM SOP II_2021
- JKEP UUM FORM 2(A) 2020 REVIEW CHECKLIST
- JKEP UUM FORM 2(B) 2020 Registration and Application Form
- JKEP UUM FORM 2(C) 2020 Study Protocol Assessment Form
- JKEP UUM FORM 2(D) 2020 Informed Consent Assessment Form
- JKEP UUM Template of Participant Information Sheet(PIS) and Consent Form(CF)
Sebarang pertanyaan berkenaan JKEP UUM, sila hubungi:
Sekretariat JKEP UUM
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC)
Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Ghazali
No Tel : 04-9284776/019-2829091
Emel : hafiz@uum.edu.my
Puan Noor Hasliza Binti Abdul Hamid
No Tel : 04-9284755/012-5578616
Emel : noorhasliza@uum.edu.my