GARIS PANDUAN SKIM INSENTIF PENERBITAN ARTIKEL JURNAL, BUKU DAN BAB DALAM BUKU

 1.0    LATAR BELAKANG 

  • 1.1 Skim Insentif Penerbitan Artikel Jurnal, Buku dan Bab dalam Buku telah mula dilaksanakan pada tahun 2013.
  • 1.2 Skim ini telah ditambahbaik dari masa ke semasa untuk memastikan perlaksanaan insentif ini lebih efektif dan kompetitif selari dengan agenda Universiti.
  • 1.3 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Ke-279 Bil 5/2021 telah meluluskan penambahbaikan Skim Insentif Penerbitan Artikel Jurnal, Buku dan Bab dalam Buku.
  • 1.4 Bagi memastikan perlaksanaan insentif ini dengan lebih efektif, maka garis panduan ini akan sentiasa diperkemaskan dan diselaraskan mengikut keperluan Myra dan HiCOE

2.0 SYARAT PERMOHONAN

 Artikel Jurnal

  • 2.1 Permohonan adalah dibuka kepada semua staf akademik UUM (tetap dan kontrak).
  • 2.2 Pemohon mestilah merupakan corresponding author atau penulis utama atau penulis kedua bagi artikel jurnal tersebut.
  • 2.3 Artikel jurnal mesti mempunyai afiliasi Universiti Utara Malaysia yang berkolaborasi dengan penulis kebangsaan, antarabangsa dan industri atau mana-mana dua (2) daripada tiga (3) kolaborasi tersebut.
  • 2.4 Bagi permohonan daripada staf akademik kontrak UUM, artikel tersebut mesti ditulis bersama-sama dengan staf akademik tetap UUM.
  • 2.5 Artikel jurnal yang mempunyai afiliasi “Universiti Utara Malaysia” sahaja yang layak untuk memohon insentif.
  • 2.6 Artikel jurnal juga mesti menyatakan dengan jelas penghargaan (acknowledgement) kepada pembiaya dana.
  • 2.7 Bagi artikel jurnal Scopus ianya mestilah diindeks oleh pangkalan data Scopus. Manakala bagi artikel jurnal Web of Science (WoS) ianya mestilah diindeks oleh KEDUA-DUA pangkalan data iaitu WoS TM Core Collection dan Scopus.
  • 2.8 Kadar pembayaran insentif adalah seperti berikut:

jadual 1 scopus wos                      Jadual 1: Kadar pembayaran insentif mengikut kategori

Buku dan Bab dalam Buku 

  • 2.1 Permohonan adalah dibuka kepada semua staf akademik UUM (tetap dan kontrak).
  • 2.2 Syarat Buku DAN Bab Dalam Buku
  1. Buku mesti edisi pertama.
  2. Buku mesti ada pewasit sebelum diterbitkan.
  3. Buku terbitan secara cetakan segera (fast print) tidak diterima.
  4. Bagi kategori bab dalam buku, hanya empat (4) bab SAHAJA yang diambil kira untuk pembayaran insentif.Senarai penerbit antarabangsa dan kebangsaan (MAPIM) yang diperakui adalah seperti yang dikemukakan dalam laman web RIMC di  http://rimc.uum.edu.my. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • 2.3 Kadar pembayaran insentif adalah seperti berikut:

jadual 2 buku dan bab dalam buku

                                Jadual 2: Kadar pembayaran insentif mengikut kategori

  • Setiap penerbitan staf UUM wajib direkodkan di dalam University Publication System (UPS) oleh penulis utama (corresponding author/first UUM author) dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh diterbitkan (mempunyai volum, isu, muka surat) dan memuat naik bukti penerbitan. Pihak RIMC tidak akan memproses permohonan insentif penerbitan penyelidik sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
  • Tempoh permohonan skim ini adalah tertakluk kepada hasil penerbitan yang diterbitkan dalam tempoh dua belas (12) bulan sahaja dari tarikh permohonan skim dibuat.
  • Pemohon UUM hanya boleh memohon satu skim insentif penerbitan universiti yang lain dengan menggunakan artikel yang sama.
  • Jumlah maksimum pemberian ganjaran untuk setiap pemohon adalah sebanyak RM20,000.00 setahun dan jumlah tersebut adalah termasuk Skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ)

3.0      KELULUSAN PEMBAYARAN

  • 3.1 Semakan dan pengesahan penerbitan dari pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) menggunakan quartile semasa sebagai dasar pembayaran insentif bagi penerbitan UUM yang diindeks di Web of Science (WoS) dan Scopus. Jika artikel mempunyai disiplin kategori quartile berbeza, quartile yang tertinggi akan dipilih.
  • 3.2 Pemohon digalakkan untuk cited artikel yang diterbitkan oleh penulis UUM dan artikel tersebut mestilah diindeks oleh WoS/Scopus.
  • 3.3 Artikel yang diterbitkan dan diindeks dalam WoS haruslah merujuk kepada laporan tahunan Journal Citation Report (JCR) terkini.
  • 3.4 Pembayaran insentif bagi WoS/Scopus akan dibuat berdasarkan artikel yang telah diindeks serta telah disahkan oleh pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
  • 3.5 Bagi penerbitan Buku dan Bab dalam Buku semakan dan pengesahan penerbitan dari pihak UUM Press.

4.0      KAEDAH PEMBAYARAN

  • 4.1       Pembayaran akan dibuat kepada pemohon dalam bentuk geran penyelidikan. Di mana insentif yang telah diluluskan akan dimasukkan ke dalam akaun amanah pemohon.
  • 4.2       Bagi penerbitan yang ditulis secara bersama di mana kumpulan penulis adalah di kalangan staf UUM, insentif yang telah diluluskan akan dimasukkan ke akaun amanah masing-masing mengikut pembahagian peratusan seperti berikut:

Status

Pembahagian (%)

Pemohon

50%

Lain-lain penulis UUM sahaja (jika ada)

50%

Bil. Penulis UUM sahaja

Nota:

  • Sekiranya pemohon adalah penulis tunggal UUM, maka pemohon layak untuk mendapat 100% jumlah peruntukan pada skim tersebut
  • terpakai juga untuk buku, bab dalam buku dan editor buku (bab dalam buku)
  • tertakluk kepada syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan dalam garis panduan

4.3 Pembahagian peratusan hanya melibatkan staf akademik UUM yang aktif sahaja mengikut tarikh permohonan dibuat. Contoh kaedah pembayaran adalah seperti di Lampiran 1.

 

5.0   PERBELANJAAN/PENGGUNAAN INSENTIF 

  • 5.1 Perbelanjaan/aktiviti yang boleh diguna melalui akaun amanah ini:
  1. Geran Penyelidikan (keutamaan diberikan untuk menjalankan penyelidikan minimum RM5,000.00. Untuk permohonan merujuk kepada geran penyelidikan dalaman.
  2. Jika, masih mempunyai baki aktiviti berikut dibenarkan:
  • Menghadiri seminar (tertakluk kepada syarat seminar)
  • Lain-lain aktiviti penerbitan seperti proof read dan bayaran yuran penerbitan artikel.

 6.0   PROSEDUR PERMOHONAN

  • 6.1 Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan skim insentif penerbitan. Borang boleh di muat turun melalui laman sesawang RIMC (rimc.uum.edu.my).
  • 6.2 Pemohon dikehendaki mengemukakan bukti penerbitan seperti berikut :
  • 6.2.1 Untuk artikel jurnal iaitu salinan muka hadapan penerbitan dan helaian yang mengandungi maklumat seperti pengarang, afiliasi, tajuk penerbitan, tahun, nama universiti, nama penerbit dan penghargaan (acknowledgement).
  • 6.2.2 Untuk buku/bab dalam buku iaitu muka surat yang menunjukkan maklumat seperti tajuk, penulis, penerbit, tahun diterbitkan, muka hadapan, isi kandungan, pra-kata, ISBN, hak cipta dan muka surat pertama untuk bab dalam buku.

7.0   ALIRAN PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan Skim Insentif Penerbitan serta disokong dengan bahan bukti penerbitan dan dihantar ke RIMC (u.p :Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan))

8.0   ALIRAN TARIKH KUATKUASA

1 Januari 2022

9.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Penerbitan Penyelidikan di talian 04-928 4764/4779/4758.

Lampiran 1

Contoh Kaedah Pembayaran

Contoh 1:

Penulis A telah menghasilkan artikel dalam jurnal Q1 (WoS) dan diluluskan bayaran insentif sebanyak RM3,500.

Terdapat dua (2) lagi penulis UUM iaitu penulis B dan penulis C. Maka pembahagian insentif adalah seperti berikut:

Penulis A akan mendapat;

50% x RM3,500 = RM1,750

Manakala penulis B dan penulis C akan mendapat;

50%÷2 @ RM1750÷2= RM875

Jadi, RM1,750 akan dimasukkan ke akaun amanah penulis A dan RM875 akan dimasukkan ke akaun amanah penulis B dan penulis C.

Contoh 2:

Penulis D telah menghasilkan artikel dalam jurnal Q1 (Scopus) dan diluluskan bayaran insentif sebanyak RM2,000.

Tiada penulis UUM lain dalam artikel tersebut. Maka pembahagian insentif adalah seperti berikut:

Penulis D akan mendapat 100% daripada jumlah insentif iaitu RM2,000.

Jadi, RM2,000 akan dimasukkan ke akaun amanah penulis D sahaja.

Sila klik link di bawah untuk muat turun garis panduan dan borang SIP 2022 :

Garis Panduan Skim Insentif Penerbitan Artikel Jurnal, Buku dan Bab Dalam Buku

Guidelines on Incentive Scheme For Publication of Journal Article, Book and Book Chapter(s)

Borang Permohonan Skim Insentif Penerbitan (SIP Form) 2022

 

About RIMC

The Research and Consultation Centre was established on the 1st of May, 1986. On the 1st of January, 2006, the centre was merged with the Publishing, Broadcasting and Media Technology Division and renamed the Department of Research and Innovation. On 1st of January, 2008, after a restructuring exercise, the department was renamed as the Research and Innovation Management Centre (RIMC).

Contact Us

Research and Innovation Management Centre (RIMC), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.

Tel: +604-928 4771/4768

Fax : +604-928 4756


Email:rimc@uum.edu.my


Sun - Wed : 8:00 - 17:00
Thu : 8:00 - 15:30
Rest : 13:00 - 14:00

Search