IPIZ ONLINE: Seramai 26 orang penyelidik Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) telah terlibat dalam Majlis Taklimat Pemantauan dan Penyerahan Perjanjian Penyelidikan Geran IPIZ yang telah diadakan pada 23 Januari 2019, di Bilik Seminar TISSA.
Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan aluan oleh Dr. Mohd Sollehudin Shuib selaku Pengarah IPIZ seterusnya disusuli dengan Taklimat Pemantauan Penyelidikan oleh Prof Madya Dr. Rozita binti Arshad, Timbalan Pengarah Penyelidikan RIMC.
Majlis Penyerahan Perjanjian Geran IPIZ kepada semua 26 penyelidik telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Prof Dr. Ayoib bin Che Ahmad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI).
Diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Majlis Penyerahan Penyelidikan Geran IPIZ kali ini.
Habis.
Sumber berita : IPIZ