Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA) pada 1 hingga 3 November 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor UMK.
Sehubungan itu, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) sebagai sekretariat PECIPTA2022 untuk UUM membuka pencalonan kepada akademia UUM untuk bersama-sama untuk menyertai PECIPTA2022.
Penawaran pencalonan di peringkat UUM dibuka dari 22 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022. Borang pencalonan adalah melalui QR Code yang diberikan ataupun link https://forms.gle/fHE692LSV1Be5wr76
Sehubungan itu, dipohon kerjasama YBrs Prof/Dr./Tuan/Puan untuk menghebahkan tawaran pencalonan PECIPTA2022 kepada akademia di Pusat Pengajian masing-masing. Sekiranya YBrs Prof/Dr./Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi/WhatsApp Pegawai ICC, Dr. Khofizhoah Mohd Karim di talian 019-4055823.
Sumber berita : UUM Corp Comm & ICC UUM