UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) is seeking partnership options with the Companies Commission of Malaysia (SSM) to strengthen corporate business learning and high-impact collaboration prospects.
SSM is a statutory body agency for company establishment and business registration that has a vital role in enhancing corporate governance through extensive enforcement and monitoring actions to support the country's beneficial development of the corporate and commercial sectors.
UUM, led by Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, and SSM, led by Chief Executive Officer, Mdm. Nor Azimah Abdul Aziz, recently discussed strategic cooperation potential through Webex.
During the meeting, UUM and SSM identified areas for collaboration and emphasised their willingness to give their utmost commitment to ensuring the two parties' successful strategic cooperation, which included, among other things, exploring case studies that could be used as teaching cases for SSM and UUM training academies.
In addition, UUM's Institute for Management and Business Research (IMBRe) will provide the expertise required to explore the feasibility of using case studies at SSM.
During the discussion, Prof. Dr. Haim Hilman spoke about the zakat initiative headed by the Zakat Research and Innovation Institute (IPIZ), which piqued SSM's interest in collaborating in the management of zakat wakalah.
He also urged all Deans and Directors of CoE to take immediate steps to actualize any possible strategic collaboration that had been identified by contributing their expertise. In doing so, it would assist SSM in fulfilling its concept of enforcement via education.
SSM announced its willingness to support UUM students, particularly those in the B40 group, in securing business registration funds from SSM.
All of these opportunities are the product of Prof. Dr. Haim Hilman's proposal for a strategic collaboration programme that includes the MENTOR, BOOK, GOLD, AMBASSADOR, MEKAR, PASAK, PEMIKIR, IKHLAS, and PAKSI programmes.
According to Nor Azimah, SSM was delighted to explore opportunities for strategic collaboration with UUM.
"As part of the cooperation agreement, SSM is prepared to open a mobile counter on the UUM campus to assist UUM students in getting to know SSM more closely," she said.
________________________________________________________________________________________________________________
UUM-SSM PERKASA PEMBELAJARAN PERNIAGAAN KORPORAT DI PERINGKAT NASIONAL
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) meneroka peluang kerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memperkasakan pembelajaran perniagaan korporat dan peluang kerjasama berimpak tinggi.
SSM merupakan agensi badan berkanun pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan yang menjadi peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
UUM yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz telah membincangkan peluang kerjasama strategik antara UUM dan SSM menerusi Webex, baru-baru ini.
Dalam pertemuan tersebut, UUM dan SSM telah mengenal pasti dan bersedia memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan kerjasama strategik antara kedua pihak, antaranya dalam meneroka kajian kes yang boleh dijadikan kes pengajaran untuk kegunaan akademi latihan SSM dan UUM.
Selain itu, UUM melalui Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan (IMBRe) akan menyediakan kepakaran yang ada untuk meneroka potensi kajian kes di SSM untuk dimanfaatkan.
Pada sesi perbincangan itu juga, Prof. Dr. Haim Hilman telah membentangkan tentang inisiatif zakat yang diketuai Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) yang menarik minat SSM untuk berkerjasama dalam aspek pengurusan wakalah zakat.
Beliau juga meminta agar semua Dekan dan Pengarah CoE untuk mengambil tindakan segera bagi merealisasikan segala potensi kerjasama strategik yang telah dikenal pasti dengan saling menyumbang kepakaran dalam membantu SSM memenuhi falsafah SSM iaitu penguatkuasaan melalui pendidikan.
SSM juga bersedia membantu pendaftaran perniagaan dalam kalangan pelajar UUM terutamanya dari golongan B40 dalam menerima geran pendaftaran perniagaan yang ditawarkan SSM.
Kesemua potensi ini merupakan hasil cetusan idea program kolaborasi strategik yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Haim Hilman yang melibatkan program MENTOR, BUKU, EMAS, DUTA, MEKAR, PASAK, PEMIKIR, IKHLAS dan PAKSI.
Menurut Nor Azimah, pihak SSM amat berbesar hati untuk meneroka peluang kerjasama strategik bersama UUM.
“Sebagai permulaan komitmen kerjasama, SSM bersedia untuk membuka kaunter bergerak di dalam kampus UUM untuk membantu pelajar-pelajar UUM mengenali SSM secara dekat,” katanya.
Sumber berita : UUM Corp Comm & Pejabat TNCPI
15 September 2021