UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) is looking at additional collaboration options with the Inland Revenue Board (IRB) to build on the foundation established through corporate learning and high-impact research opportunities.
UUM and IRB have been working together since 2015, with IRB staff pursuing Master or Doctor of Philosophy (PhD) degrees at UUM.
Prof. Dr Haim Hilman Abdullah, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), who is performing the duties of Vice-Chancellor, attended the discussion, while the IRB was led by its Deputy Chief Executive Officer (Management), Dato' Dr Sotimin Muhalip, who recently discussed the strategic collaboration between UUM and IRB via Webex.
Furthermore, both parties highlighted and emphasised their willingness to give their full commitment to ensuring the success of strategic cooperation, including joint research that can serve and benefit UUM, IRB, and the community.
Prof. Dr Haim Hilman presented a brief presentation on the history of UUM and new initiatives to guarantee that UUM and IRB reap maximum benefits from this strategic relationship during the discussion session.
He also urged all Deans and professors to take immediate steps to actualize any possible strategic cooperation found by contributing expertise in aiding the IRB.
All of these opportunities are the product of Prof. Dr Haim Hilman's proposal for a strategic collaboration programme that includes the MENTOR, BOOK, GOLD, AMBASSADOR, MEKAR, PASAK, PEMIKIR, IKHLAS, and PAKSI programmes.
Meanwhile, Dato' Dr Sotimin Muhalip, IRB's Deputy Chief Executive Officer (Management), expressed optimism about the possibility of strategic engagement with UUM.
“I would like to express my gratitude for the presence of so many Deans and professors at this meeting, and I am glad to hear of the recommendations put forth by UUM for continuing this collaboration.
"In addition, IRB officers are continually acquiring new expertise to ensure that all management tasks are carried out effectively," he explained.
___________________________________________________________________
UUM-LHDN PERKASA PELUANG KERJASAMA
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) meneroka peluang baharu dengan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) bagi memperkasakan kerjasama yang telah terjalin menerusi pembelajaran korporat dan peluang penyelidikan berimpak tinggi.
UUM dan LHDN telah berkolaborasi sejak 2015 lagi, menerusi kakitangan LHDN menyambung pelajaran di UUM sama ada di peringkat Sarjana mahupun Doktor Falsafah (PhD).
Perbincangan tersebut disertai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, manakala LHDN diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Dato’ Dr. Sotimin Muhalip yang membincangkan tentang kolaborasi strategik antara UUM dan LHDN menerusi Webex, baru-baru ini.
Selain itu, kedua pihak mengenal pasti dan bersedia memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan kerjasama strategik, antaranya dalam meneroka penyelidikan bersama yang boleh membantu dan memanfaatkan UUM, LHDN dan komuniti.
Pada sesi perbincangan itu juga, Prof. Dr. Haim Hilman telah membentangkan tentang latar belakang UUM secara ringkas dan perancangan baharu bagi memastikan UUM dan LHDN memperolehi manfaat yang tinggi dalam kolaborasi strategik ini.
Beliau juga meminta agar semua Dekan dan profesor untuk mengambil tindakan segera bagi merealisasikan segala potensi kerjasama strategik yang telah dikenal pasti dengan saling menyumbang kepakaran dalam membantu LHDN.
Kesemua potensi ini merupakan hasil cetusan idea program kolaborasi strategik yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Haim Hilman yang melibatkan program MENTOR, BUKU, EMAS, DUTA, MEKAR, PASAK, PEMIKIR, IKHLAS dan PAKSI.
Sementara itu, Dato’ Dr. Sotimin Muhalip berkata, LHDN amat berbesar hati untuk meneroka peluang kerjasama strategik bersama UUM.
“Terima kasih diucapkan kerana ramai Dekan-dekan dan profesor yang hadir dalam perbincangan ini dan saya teruja mendengar cadangan-cadangan daripada pihak UUM demi kelangsungan kerjasama ini.
“Pegawai-pegawai di LHDN juga sentiasa mempersiapkan pengetahuan yang baharu supaya semua aktiviti pengurusan dapat dilaksanakan dengan amat baik,” katanya.
Sumber berita : UUM Corp Comm
3 Oktober 2021