UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu bertajuk ‘Productisation of Services: Tips and Tricks for Social Scientists’, baru-baru ini.
Sesi perkongsian bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar itu memberi fokus kepada kepada pembangunan ‘Lean Model’ bagi pengkomersialan produk/servis yang dihasilkan oleh penyelidik UUM dan penyelidik institusi luar.
Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, sesi perkongsian itu sangat bermakna kepada semua staf kerana ICC menjemput pakar yang mempunyai ilmu dalam pengkomersialan produk.
“Kita sangat berbesar hati dengan kesudian Prof. Dr. Mohd Shahir untuk berkongsi ilmu berkaitan pengkomersialan produk dan bagaimana untuk mengatasi cabaran dalam mengkomersialkan produk.
“Program ini berlangsung dalam dua sesi yang mana sesi pertama diadakan di Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen dan sesi kedua diadakan di EDC UUM. Sesi pertama secara perkongsian ilmu dan sesi kedua pula lebih menarik kerana diadakan secara ‘coaching’,” katanya.
ICC Talk ini disertai oleh lebih 30 orang peserta terdiri daripada pelajar, penyelidik UUM dan peserta dari institusi luar.
Sumber berita : ICC & UUM Corp Comm