HASILKAN PENYELIDIKAN YANG RELEVAN, SELARAS DENGAN HARAPAN UNIVERSITI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

program perdana 2019

UUM ONLINE: Penyelidik universiti ini diingatkan supaya dapat menghasilkan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara serta relevan dengan perkembangan semasa.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad berkata, hasil penyelidikan yang dijalankan harus relevan kepada masyarakat dan negara, selaras dengan harapan universiti untuk menjadi lebih holistik dalam penyelidikan yang melibatkan komuniti.

"Selain itu, saya juga mahu semua penyelidik supaya dapat menjalinkan kerjasama atau kolaborasi dengan mana-mana pihak luar supaya hasil penyelidikan ini bukan sahaja diterbitkan untuk sasaran dalam universiti, malah di luar juga.

"Pada masa sama, setiap penyelidik juga harus mempunyai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sendiri sebagai panduan supaya dapat menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi dan mempunyai manfaat kepada komuniti," katanya pada Program Perdana Penyelidikan 2019 anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) di Dewan Seminar, Pusat Islam, semalam.

Sementara itu, Pengarah RIMC, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf berkata, pihaknya ingin mengorak langkah pada tahun ini dengan berada di landasan betul ke arah kecemerlangan bidang penyelidikan.

Menurutnya, program yang dihadiri lebih 50 pensyarah UUM itu bertujuan memberi penerangan dan strategi untuk mendapatkan geran yang ditawarkan.

Katanya, pada tahun lalu sahaja UUM telah menghantar 245 permohonan dari lebih 1000 staf akademik yang aktif untuk mendapatkan geran-geran tersebut dan hanya 67 sahaja yang layak dengan membabitkan keseluruhan dana geran bernilai RM4.9 juta.

"Tahun ini, dijangkakan terdapat 50 peratus penambahan lagi untuk penyelidikan membabitkan nilai kira-kira RM275 juta dan saya berharap akan lebih ramai penyelidik UUM yang memohon dan layak untuk mendapat geran yang ditawarkan.

"Kita harus berusaha lagi pada tahun ini dengan melihat keutamaan bidang penyelidikan yang mampu memenuhi kehendak industri khususnya," katanya.

Prof. Dr. Nor Aziah berkata, terdapat beberapa skop atau bidang yang digariskan dalam National Priority Area (NPA), antaranya jaminan makanan, jaminan tenaga, tanaman perladangan, keselamatan siber, jaminan air, kepelbagaian bio (biodiversity) dan pengangkutan.

Menurutnya, beliau berharap bidang penyelidikan boleh dijadikan sebagai satu budaya dalam kalangan ahli akademik UUM supaya ia dapat memberi impak kepada komuniti dan negara.

Program Perdana Penyelidikan 2019 diteruskan dengan taklimat Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) oleh Prof. Madya Dr. Suzilah Ismail dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif yang juga penerima geran PRGS 2017, diikuti Bual Bicara: Penyelidikan Berimpak Tinggi Menjana Realisasi Harapan Komuniti bersama empat panel iaitu Prof. Dr. Mohd Zaini Abd Karim, Prof. Dr. Ahmad Marthada Mohamed, Prof. Dr. Zulikha Jamaludin dan Prof. Dr. Nor Azila Mohd Noor serta Prof. Madya Dr. Alias Azhar sebagai moderator.

Sumber berita : UKK UUM

About RIMC

The Research and Consultation Centre was established on the 1st of May, 1986. On the 1st of January, 2006, the centre was merged with the Publishing, Broadcasting and Media Technology Division and renamed the Department of Research and Innovation. On 1st of January, 2008, after a restructuring exercise, the department was renamed as the Research and Innovation Management Centre (RIMC).

Contact Us

Research and Innovation Management Centre (RIMC), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.

Tel: +604-928 4771/4768

Fax : +604-928 4756


Email:rimc@uum.edu.my


Sun - Wed : 8:00 - 17:00
Thu : 8:00 - 15:30
Rest : 13:00 - 14:00

Search