UUM ONLINE:The difficulty in understanding the Mathematics learning process, especially involving numbers as well as doing basic calculations such as addition and subtraction among new pupils, especially pre-schoolers, has prompted a group of Universiti Utara Malaysia (UUM) researchers to develop a courseware based on existing mental arithmetic techniques to facilitate the learning process.
Headed by Assoc. Prof. Dr. Ruzinoor Che Mat from the School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA) together with Mr. Mohd Hafiz Mahayudin and Ms. Norani Nordin, a courseware called the Arithmetic Mental Visualisation Courseware for Pre-School Children was developed so that pre-schoolers can memorize numbers and mathematical concepts easily.
According to Dr. Ruzinoor, he had the idea of developing the courseware after witnessing first-hand the difficulties his own children faced when they were required to calculate arithmetic problems fast. Hence, he and his team developed the said courseware with the help of the latest technology.
He said mental arithmetic can be defined as the act of adding and multiplying number as well as other mathematical calculations in the mind without writing figures down on a piece of paper or using a calculator.
"Mental arithmetic technique can help children build cognitive thinking skills when they need to use their mind and fingers to do basic calculations. And with multimedia support, the imagination of pre-school students towards the mathematical concepts will be heightened.
"With the help of the evolution of computer technology, learning Mathematics amongst pre-school children can be improved with the help of multimedia tools. This is done to attract their attention and maintain their interest; in addition, these children have been exposed to computers at an early age.
"As such, we developed the arithmetic courseware using the Flash software and combined it with five multimedia elements namely text, animation, image, audio and video which is applicable to devices such as computers and tablet computers. It will certainly attract the pre-schoolers to learn Mathematics," he said.
He also added that the courseware will also help form the basis for pre-school children or pupils to identify and differentiate numbers as the courseware comes with introductory modules, tutorials, quizzes and games so they can easily understand mathematical concepts using mental arithmetic techniques.
"Utilizing this courseware will help improve their Mathematical skills and allow these pupils become more active and excited as a combination of multimedia elements are incorporated during the learning process.
"In addition, the interactions which take place between teacher and pupils and among the pupils themselves are also important to enhance the level of understanding of the content of this courseware," he said.
According to him, the project, which started in January 2018 and was completed in June 2018, received funds from Universiti Utara Malaysia (UUM) grants worth MYR5,000. The project was aimed at bringing about benefit to the community.
He said plans are underway to develop the courseware in the form of a mobile application which can be downloaded through smartphones so that the courseware will have wider user targets comprising primary school pupils. By doing so, the courseware can help more pupils improve their skills in Mathematics.
This innovative product was awarded the silver medal at the 2018 National Level, Teaching Innovation Competition (PIP) held in August of 2018.
___________________________________________________________________________
KOSWER MENTAL ARITMETIK BANTU MURID PRA-SEKOLAH DALAM ASAS OPERASI MATEMATIK
UUM ONLINE:Kesukaran untuk memahami proses pembelajaran Matematik terutama melibatkan nombor dan asas operasi seperti tambah dan tolak dalam kalangan pelajar baharu khususnya murid pra-sekolah telah mencetuskan idea kepada sekumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk membangunkan satu koswser yang berasaskan daripada teknik mental aritmetik sedia ada bagi memudahkan proses pembelajaran.
Diketuai Prof. Madya Dr. Ruzinoor Che Mat dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bersama Mohd Hafiz Mahayudin dan Norani Nordin, mereka telah membangunkan Koswser Penggambaran Mental Aritmetik untuk Kanak-kanak Pra-Sekolah supaya mereka dapat menghafal nombor dan konsep Matematik dengan cara lebih mudah.
Menurut Dr. Ruzinoor, beliau mendapat idea untuk membangunkan koswser berkenaan selepas melihat sendiri anak-anaknya menghadapi masalah untuk mengira dengan lebih pantas, justeru beliau dan pasukannya telah menggunakan perkembangan teknologi kini untuk menghasilkan koswser tersebut.
Katanya, mental aritmetik boleh ditakrifkan sebagai tindakan menambah nombor bersama, mendarab dan lain-lain operasi Matematik dengan menggunakan otak tanpa menulis pada sehelai kertas atau menggunakan kalkulator.
"Teknik mental aritmetik ini boleh membantu kanak-kanak membina pemikiran kognitif apabila mereka perlu menggunakan mental dan jari untuk melakukan asas operasi pengiraan dan dengan sokongan multimedia, imaginasi murid pra-sekolah terhadap konsep Matematik akan berada di tahap lebih tinggi.
"Dibantu dengan evolusi teknologi komputer, pembelajaran Matematik untuk kanak-kanak pra-sekolah boleh diperbaiki dengan bantuan alat multimedia supaya dapat menarik perhatian dan minat mereka, tambahan pula kanak-kanak kini sudah didedahkan dengan komputer sejak awal usia lagi.
"Oleh itu, kami telah membangunkan Koswser Aritmetik ini menggunakan perisian Flash dengan gabungan lima elemen multimedia iaitu teks, animasi, imej, audio dan video yang diguna pakai untuk peranti seperti komputer dan komputer tablet, seterusnya akan menarik perhatian mereka untuk belajar Matematik," katanya.
Tambah beliau, koswser tersebut adalah asas kepada kanak-kanak atau murid pra-sekolah untuk mengenal dan memahami nombor yang mana dalam koswser itu terdapat modul pengenalan (introduction), tutorial, kuiz (quiz) dan juga permainan (games) supaya mereka mudah memahami konsep Matematik menggunakan teknik mental aritmetik.
Menurutnya, di bahagian pengenalan, murid akan didedahkan kepada mental aritmetik dengan menggunakan imej tangan yang mewakili nombor dengan objek lain serta audio untuk menerangkan bagaimana mental aritmetik diwakili dalam satu tangan, manakala di bahagian tutorial pula mereka didedahkan kepada dua proses asas operasi dalam Matematik iaitu penambahan dan penolakan.
Di bahagian kuiz pula, kata beliau, murid diberikan tiga pilihan soalan untuk menguji tahap pemahaman mental aritmetik masing-masing yang mana pengisian kuiz itu dibahagikan kepada asas nombor, penambahan dan penolakan, sementara di bahagian permainan (games), kanak-kanak tersebut diberi cabaran dengan dua jenis permainan iaitu Catch the Number dan Puzzle yang mana setiap permainan itu mempunyai cabaran tersendiri untuk mereka terokai.
"Penggunaan koswser ini akan membantu meningkatkan kemahiran Matematik mereka dan membenarkan murid-murid ini untuk lebih aktif dan teruja menggunakan kombinasi elemen multimedia semasa proses pembelajaran.
"Selain itu, interaksi antara guru dan pelajar serta antara rakan-rakan juga adalah penting bagi meningkatkan tahap pemahaman kandungan koswser ini," katanya.
Dalam usaha membangunkan koswser itu, Prof. Madya Dr. Ruzinoor dan ahli kumpulannya tidak terlepas daripada cabaran termasuk dari aspek kewangan dan juga masa.
Menurut beliau, projek yang bermula awal Januari 2018 dan selesai pada Jun 2018 itu mendapat dana dari geran Universiti Utara Malaysia (UUM) bernilai RM5,000 sahaja yang mana projek yang dibangunkan itu adalah untuk manfaat komuniti.
Katanya, beliau bercadang untuk membangunkan koswser itu dalam bentuk aplikasi mudah alih yang mana ia boleh dimuat turun melalui telefon pintar supaya sasaran pengguna lebih luas terdiri murid sekolah rendah dapat memanfaatkan koswser tersebut untuk memantapkan kemahiran mereka dalam asas Matematik.
Hasil produk inovasi itu telah berjaya merangkul pingat perak pada Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP) 2018 Peringkat Kebangsaan pada Ogos tahun lalu.
Sumber berita : UKK UUM