16 Februari 2021 merupakan Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia (UUM) Ke-37. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini menjadi sejarah apabila ia disambut meriah dalam norma baharu dengan bacaan Yassin dan ceramah yang diadakan secara maya dengan penyertaan warga kerja UUM dan pelajar-pelajar dari tempat masing-masing.
Setiap Pusat Tanggungjawab juga cuba menghayati hari yang bersejarah ini dengan pelbagai aktiviti masing-masing. Begitu juga Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) yang mana penghayatan Hari Pengasasan UUM ke-37 kali ini adalah dengan menzahirkan perasaan setiap warga melalui dua soalan yang saya lontarkan melalui Whatsapp kepada semua staf RIMC iaitu 1) Setakat mana UUM bermakna pada diri saya? atau
2) Apa erti UUM pada saya?
Setiap staf diminta untuk memberi maklumbalas terus kepada saya tanpa memaklumkan mereka bahawa ia adalah suatu pertandingan. Sungguh mengagumkan saya bahawa warga RIMC telah menyambut lontaran soalan ini dan benar-benar melahirkan perasaan mereka mengenai makna UUM kepada mereka.
Di antara luahan hati mereka yang boleh dikongsikan adalah seperti berikut:
Bistomi Ismail berkata, “Universiti merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi dalam peringkat pengajian. Salah satunya adalah UUM yang memberi makna dan dekat di hati saya. Ini kerana UUM adalah tempat pertama saya memulakan alam kerjaya saya sejak awal penubuhannya di Jitra sehinggga berpindah ke Sintok. UUM telah menerapkan nilai-nilai murni dan jati diri yang utuh didalam diri saya. UUM bukan sekadar sebuah kampus menuntut ilmu malah merupakan kampus yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk warganya sehingga digelar sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.
“Jika kita hayati bait-bait kata dalam lagu Biru Warna, kita akan sedar betapa bermaknanya universiti pada kita semua terutama diri saya sendiri. Ianya bukan sekadar lagu malah satu pesan untuk kita sebagai warga kampus UUM. Ilmu, Budi, Bakti itu sendiri telah jelas maksudnya supaya kita menuntut ilmu, berbudi dan berbakti kepada nusa dan bangsa dan sekaligus mengharumkan nama universiti.
“Oleh itu, janganlah kita persoalkan apa sumbangan universiti kepada kita sebaliknya fikirlah apa sumbangan kita pada universiti. Sebagai warga kampus UUM, saya akan lakukan yang terbaik dalam setiap kerja saya demi keluarga dan universiti yang tercinta.
“Alhamdulillah dan tahniah kepada UUM kerana hari ini (16 Februari 2021) UUM telah menyambut hari ulang tahun yang ke-37. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang untuk terus berbakti kepada UUM. Semoga UUM terus relevan, harmoni dan cemerlang di persada dunia dengan semangat Ilmu, Budi, Bakti”.
Siti Nawari Aziz, “Saya mula menjejakkan kaki ke UUM bermula tahun 1999 menemani dua anak saudara yang melanjutkan pengajian di UUM. Setiap bulan saya akan ikut kakak untuk melawat anak-anak mereka ini. Mungkin bermula dari situ rezeki saya pula untuk menjadi pelajar Perakaunan (2001-Taman Siswa), tetapi nasib tidak menyebelahi saya, terpaksa tukar program Pengurusan Awam pada semester keempat. Akhirnya berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2004. Tahun 2010, UUM menjadi sumber rezeki saya sekeluarga apabila bertugas sebagai Pembantu Peperiksaan selama sebulan di bawah pentadbiran Hal Ehwal Akademik. Kemudian bermulanya detik bersama RIMC apabila ditawarkan sebagai Pembantu Tadbir Sambilan selama 2 tahun dan Pembantu Tadbir kontrak selama 4 tahun. Kemudian, disambung sebagai staf berstatus tetap pada tahun 2015 sehingga kini.
“UUM sentiasa dihati, dulu kini selamanya. I ❤️ UUM I ❤️ MY JOB. UUM amat bermakna dalam saya mencari ilmu semasa berstatus pelajar dan ilmu juga diperolehi semasa saya berstatus penjawat awam di UUM”.
Fadilah Mohd Zain, “Universiti Utara Malaysia merupakan kebanggaan saya sejak 11 tahun lalu sehingga sekarang. Pelbagai pembaharuan dan peningkatan telah saya lihat sepanjang berada di UUM. Sebagai kakitangan UUM, saya bangga kerana dapat mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Terima kasih UUM!”
Siti Khairunnisa Mohd Nor, “UUM tempat biasa saya sejak usia kecil. UUM tempat saya mula faham ranjau duri bekerja berkomunikasi dgn pelbagai kerenah manusia. UUM tempat saya meneroka potensi diri yang dpt memajukan diri sendiri dan membantu org lain. UUM buat saya dekat dengan ibu bapa saya dan memberi saya berpeluang berbakti di hari tua mereka.
Rohaida Rohani, “A place where I grow individually & professionally, a place where it's lesson, people and the environment I shall and will forever appreciate”.
Farah Nurasihah Malek Zaki, “I left my teenage years in UUM, I entered adulthood in UUM, I started my higher education in UUM and will be ending up my higher education in UUM. I dont just gained formal education in UUM, but UUM has taught me about love, empathy toward nature and life as a whole”.
Nurul Shuhada Abdul Ani, “UUM sebagai sebuah organisasi yang unggul di bumi Sintok ini menjadi idaman komuniti di sekitar untuk menjadi warganya. Sebagai salah seorang yang telah terpilih menjadi warga UUM, saya amat berbangga dan berbesar hati.
“Tahniah UUM kerana telah menyambut Hari Pengasasan Ke-37. Mengimbau kenangan lalu pada Hari Pengasasan UUM Ke-30, saya telah berjaya mengibarkan bendera UUM dalam Ekspedisi Mengibarkan Bendera UUM 30 Tahun di Puncak Gunung Kinabalu pada 2014. Ia merupakan misi yang amat beerti kepada saya dalam membawa nama UUM ke puncak gunung, umpama ke persada dunia. UUM melahirkan bukan sekadar graduan yang bernilai tinggi, namun lebih daripada itu, ia membentuk jati diri dan nilai kepada setiap individu yang berkhidmat di Universiti Pengurusan Terkemuka ini.”
Prof. Madya Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin, “UUM is second to my home. It takes a large portion of my life…that is why UUM means a lot to me. It is a place where I personally and professionally grow as a student and academic. This is where I learn to do what I am passionate about, and to value experience and wisdom from the people I work with, my colleagues and fellow academics. It is also a place where I get the opportunity to give back and get a sense of meaningfulness and self-fulfillment”.
Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi, “UUM tempatku menimba dan mencurah ILMU. UUM tempatku menyemai BUDI. UUM tempatku terus berBAKTI”.
Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi, “UUM tempat untuk saya berbakti kepada agama, bangsa dan negara”.
Prof. Dr. Nor Aziah berkata, UUM adalah pilihan terbaik arwah emaknya kerana telah memilih UUM untuk beliau mengikuti pengajian BACCT berbanding tawaran dari United Kingdom yang diterima untuk perubatan.
“Keduanya, arwah emak telah memilih UUM juga untuk saya menjadi Tutor berbanding tawaran sebagai akauntan di Arthur Anderson. Untuk emak, saya berlapang dada dan menyahut permintaannya. Arwah telah meninggalkan saya buat selamanya selepas lima hari saya bergelar Tutor UUM. Terima kasih emak. Semoga ini semua menjadi hadiah buat emak di sana.
“Saya yakin setiap warga UUM ada jiwa dan rasa di hati ke atas Universiti Utara Malaysia yang dikasihi. Semoga UUM sentiasa dihati, mari kita terus menyemai ILMU, BUDI, BAKTI,” katanya.
Selamat Hari Lahir UUM!
Sumber : UUM Corp Comm & Pengarah RIMC