UUM ONLINE: Kuala Lumpur - The Vice-Chancellor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani paid a courtesy call on the Chairman of Agrobank, Dato' Mustapha Buang at the Agrobank Tower.
The visit was aimed at establishing strategic cooperation with the industry in an effort to strengthen bilateral relations whilst introducing study programmes and facilities found at UUM, including at UUM Kuala Lumpur Campus (UUMKL).
The Vice-Chancellor extended Agrobank with invitation to establish long-term collaboration in various fields with UUM.
“Amongst them are wealth generation opportunities through a potential investment portfolio to be explored by Agrobank and the commercialization of UUM land in Sintok and Langkawi.
“Besides that, we are also ready to invite the top management of Agrobank to deliver lectures and share expertise in certain fields with UUM students. With this planned cooperation, it will definitely afford both parties with various benefits in the future,” he said.
During the meeting, UUM was also invited to collaborate with the Agrobank’s Centre of Excellence (CoE) through matching grant research, accepting students to conduct industrial training and participating in agri-entrepreneur training schemes, as well as inviting UUM to offer study programmes/ learning modules that are tailored to the needs of the staff at Agrobank which in turn will enhance their academic and intellectual level.
Meanwhile, Dato' Mustapha thanked UMM for all its efforts to cooperate with Agrobank and also expressed his gratitude and appreciation for being a public university that is willing to establish the Universiti-Agrobank joint venture.
Agrobank has more than 3,500 employees throughout Malaysia working at more than 130 branches including Sabah and Sarawak. Agrobank is also ready to make full use of its training centre located in Bangi.
Also present at the meeting were the Provost of UUMKL, Prof. Dr. Hassan Abu Bakar; President/Chief Executive Officer of Agrobank, Mdm. Khadijah Iskandar and Deputy Registrar of UUMKL, Mr. Mohd Zulkifli Mohd Noor.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UUM-AGROBANK INTAI PELUANG KERJASAMA
UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Agrobank, Dato’ Mustapha Buang di Menara Agrobank, baru-baru ini.
Kunjungan tersebut bertujuan menyebar luas jalinan kerjasama strategik dengan pihak industri dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala, selain memperkenalkan program pengajian dan kemudahan di UUM termasuk di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL).
Naib Canselor berkata, UUM berbesar hati mempelawa pihak Agrobank untuk bekerjasama dengan UUM dalam pelbagai bidang untuk kolaborasi jangka masa panjang.
“Antaranya dari peluang penjanaan kekayaan melalui portfolio pelaburan yang berpotensi untuk diterokai oleh Agrobank dan pengkomersialan tanah UUM di Sintok dan Langkawi.
“Selain itu, kita juga sedia menjemput pengurusan tertinggi Agrobank untuk menyampaikan syarahan dan berkongsi kepakaran dalam bidang tertentu dengan pelajar-pelajar UUM. Dengan adanya kerjasama yang dirancang ini sudah pasti akan memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua belah pihak pada masa hadapan,” katanya.
Pada sesi pertemuan itu, UUM juga dipelawa untuk bekerjasama dengan Centre of Excellent (CoE) Agrobank menerusi penyelidikan secara geran padanan (matching grant), menerima pelajar untuk menjalankan latihan industri dan menyertai skim latihan usahawan tani, selain mempelawa UUM untuk menawarkan program/modul pembelajaran yang khusus kepada kakitangan Agrobank yang bertujuan untuk meningkatkan tahap akademik dan intelektual kakitangan Agrobank.
Sementara itu, Dato’ Mustapha berkata, beliau berterima kasih kepada UUM atas segala usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Agrobank dan UUM merupakan antara IPTA yang bersedia mengadakan kerjasama Universiti-Agrobank.
Agrobank mempunyai lebih 3,500 orang kakitangan di seluruh Malaysia yang bertugas di lebih 130 cawangan termasuk Sabah dan Sarawak. Agrobank juga bersedia untuk memanfaatkan pusat latihan Agrobank di Bangi.
Hadir sama, Provos UUMKL, Prof. Dr. Hassan Abu Bakar; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar dan Timbalan Pendaftar UUMKL, Mohd Zulkifli Mohd Noor.
Sumber berita : UUM Corp Comm & UUMKL