18 NOVEMBER 2021 / 13 RABIULAKHIR 1443H
======================================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
UUM ONLINE:
PROGRAM MENCARI BINTANG 2021 - PENCALONAN ANUGERAH SUKU KE-3: ANUGERAH BINTANG PENYELIDIK, PENYELIDIKAN, PENERBITAN, PERUNDING DAN PERUNDINGAN TERBAIK
Program Mencari Bintang 2021 adalah sebahagian agenda GAGAH UUM 2021-2025 yang akan memacu hala tuju penyelidikan, penerbitan, perundingan, pengkomersialan, hubungan industri dan komuniti, prasarana fizikal dan perkhidmatan.
Gagasan yang diinspirasikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah itu adalah untuk menyokong Univibe Initiative (University Visibility Enhancement) yang mana memberi penekanan terhadap penghargaan di atas usaha warga akademik, pentadbiran dan sokongan yang terlibat.
Tahniah kepada yang terlibat dalam program ini secara langsung atau tidak langsung.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) merupakan Sekretariat Program Mencari Bintang 2021 bagi anugerah:
- Anugerah Bintang Penyelidik Terbaik (Kategori Individu)
- Anugerah Bintang Penyelidikan Terbaik (Kategori Projek)
- Anugerah Bintang Penerbitan Terbaik (Kategori Buku Penyelidikan)
- Anugerah Bintang Penerbitan Terbaik (Kategori Penulis Jurnal Berimpak Tinggi)
- Anugerah Bintang Penerbitan Terbaik (Kategori Artikel Bersitasi Tinggi)
- Anugerah Bintang Perunding Terbaik (Kategori Individu)
- Anugerah Bintang Perundingan Terbaik (Kategori Projek)
Sumber berita : UUM Corp Comm