UUM ONLINE: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) melalui Kelab Kebajikan RIMC telah menganjurkan Program “ Bantu Kami Bantu Mereka” untuk Komuniti Orang Asli, Baling Kedah.
Program menyediakan set kelengkapan solat dan Al-Quran ini bertujuan untuk membantu memberi kemudahan untuk beribadah kepada komuniti ini. Selain itu, objektif program ini juga adalah sebagai salah satu usaha dakwah kepada komuniti orang asli serta memupuk dan menyemarakkan semangat ingin beribadah di kalangan meeaka. Kelengkapan solat dan Al Quran yang dibeli hasil sumbangan warga RIMC dan UUM telah diserahkan kepada aktivis masyarakat, Puan Rahimah, untuk diedarkan kepada komuniti Orang Asli, Baling Kedah pada awal Disember yang lalu.
Diharapkan menerusi program ini, setiap staf berpeluang menyumbang kepada pembangunan ummah dan komuniti.
Sumber berita : RIMC